Your weather just got better.
 LINK:
KKM
JKNS
JPA
SPA
SAMO Forum

 

 

 

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke laman web Klinik Kesihatan Roban. Salam sejahtera kepada anda yang sudi melawat laman web ini.

Saya (Admin) mewujudkan laman web ini adalah kerana saya ingin menaikkan nama klinik dan juga nama jabatan. Di samping membawa dan melonjakkan taraf klinik kesihatan ke arah perkembangan teknologi maklumat. Saya juga berharap agar klinik kesihatan lain terutama di sarawak dapat melakukan yg sama. Dengan ini semoga kita dapat menaikkan imej klinik, jabatan dan kementerian. Selain itu ia juga akan menaikkan imej profession kita yg bekerja di klinik klinik kesihatan. 

Laman web ini diwujudkan adalah untuk menyediakan informasi tentang klinik kesihatan roban. Informasi-informasi in akan dapat diakses oleh orang awam. Informasi yang dapat diakses adalah seperti sejarah penubuhan klinik roban, servis-servis yang dijalankan seperti unit pesakit luar, klinik ibu dan anak dan BAKAS.

Pelawat juga boleh mendapatkan maklumat mengenai program-program kesihatan yang dijalankan diklinik dan juga terdapat galeri bergambar untuk tontonan anda.

sekian terima kasih.
Renndy Ryan Ak Norsiah (PPP U29)
Admin Web.

 Wawasan Klinik Kesihatan

Klinik kesihatan adalah tempat temu pertama yang memberikan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi bagi meningkatkan status kesihatan penduduk dan masyarakat setempat.

Misi Klinik Kesihatan

Memberikan perkhidmatan Promotif, Preventif, Kuratif dan Rehabilitatif berkualiti yang berkonsepkan sihat dan sejahtera kepada individu dan masyarakat melalui kerja berpasukan dan penglibatan komuniti setempat.

Matlamat Klinik Kesihatan

1. Meningkatkan taraf kesihatan:

Meningkatkan pencapaian tahap kesihatan kepada tahap yang optimum menjadikan mereka lebih produktif.

2. Memperbaiki kesamaan akses kepada perkhidmatan

Memastikan kesamaan akses kepada perkhidmatan yang menyeluruh (komprehensif) yang disediakan mengikut keperluan masyarakat setempat.

3. Meningkatkan kualiti jagaan dan perkhidmatan

Melaksanakan amalan penjagaan kesihatan terbaik, menyediakan sistem kerja yang jelas dan mudah untuk diikuti oleh semua pelanggan dan mengurus sumber dengan efektif.

 
Make a Free Website with Yola.